Connect with us

Oh! Media

Lindungi Long Tiger, Pasangan Suami Isteri Ditahan

ditahan

Trending

Lindungi Long Tiger, Pasangan Suami Isteri Ditahan

Disyaki sebagai rakan subahat lelaki Rohingya yang dikenali sebagai Long Tiger, pasangan suami isteri yang merupakan penduduk tempatan berumur 41 dan 43 tahun telah ditahan oleh pihak polis.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Kelibat ‘Long Tiger’ Dirakam Menerusi CCTV?

Long Tiger difahamkan telah meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor pada 15 Disember lalu.

Masih menjalankan operasi mengesan Long Tiger

ditahan
Sidang media Ops Khas Bersepadu (Foto: Kosmo)

Menerusi laporan Kosmo, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menyatakan kedua-dua suspek ditahan di Balai Polis Bukit Gambir dalam jam 12.30 tengah malam pada 20 Disember dan akan direman empat hari sehingga Jumaat.

Kita masih lagi melancarkan operasi untuk mengesan Long Tiger ini dan kita percaya dia masih berada di kawasan sekitar Bukit Gambir dan sebagainya.

Saya menyeru kepada masyarakat dan orang awam, jangan sesekali melindungi Long Tiger ini kerana dia diburu oleh pihak polis. Kalau kita dapat maklumat dan ada bukti bahawa ada orang awam mencuba melindungi Long Tiger, kita akan buat tindakan yang sama.

Menurut Ayob Khan, pihak polis sedang menyiasat sebab Long Tiger melarikan diri dari semua aspek, termasuk subahat, bersekongkol, rasuah ataupun kecuaian.

Dua daripada empat anggota polis yang ditahan sebelum ini terlibat secara langsung dengan aspek kecuaian sehingga Long Tiger meloloskan diri.

Dua anggota polis berkenaan ditahan kerja dan biasanya, kes-kes anggota polis , bila dituduh di mahkamah akan digantung kerja, sehingga habis proses rayuan sebagainya baru kita ambil tindakan selanjutnya.

Ini walau tak dituduh di mahkamah tetapi membabitkan kes serius, kita ambil tindakan tahan kerja.

Semoga Long Tiger segera ditangkap dan jika ada orang awam yang ternampak Long Tiger ini berkeliaran atau bersembunyi di mana-mana, tolonglah segera melaporkannya kepada pihak polis.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas