Connect with us

Oh! Media

Dua Beradik Hilang Dari Asrama Turut Ditemui Di Kedah

hilang

Trending

Dua Beradik Hilang Dari Asrama Turut Ditemui Di Kedah

Satu lagi kes kehilangan remaja yang dilaporkan sebelum ini akhirnya ditemui di Kedah. Berdasarkan laporan terdahulu, dua beradik yang belajar di asrama sebuah sekolah di Senawang telah keluar secara sembunyi sejak pagi semalam.

ADVERTISEMENT

BACA: Remaja Hilang Lepas Solat Subuh Di Cheras Akhirnya Ditemui Di Kedah

Kehilangan mereka dilaporkan oleh guru sekolah terbabit apabila menyedari kehilangan pelajar kerana tidak hadir solat subuh kira-kira jam 6 pagi. Dua beradik itu kemudian ditemui selamat di rumah keluarganya di Guar Chempedak, Kedah malam tadi.

Ibu kepada dua pelajar berkenaan telah membuat laporan di Balai Polis Sarang Semut, Kedah bagi memaklumkan situasi anaknya.

Dua beradik itu balik ke rumah keluarganya dengan menaiki teksi hingga Ipoh, Perak. Kemudian mereka menaiki bas ke Guar Chempedak, Kedah dan selamat tiba di rumah pada malam tadi

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Nanda Maarof selepas ibu kepada pelajar lelaki berusia 15 dan 16 tahun memaklumkan anaknya sudah selamat sampai di rumah kira-kira jam 11.30 malam.

Berdasarkan rakaman CCTV sekolah pula mendapati dua beradik ini telah memanjat pagar hadapan sekolah pada jam 3.30 pagi. Buat hal betul korang ni dik…

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas