Connect with us

Oh! Media

Lelaki Tergamak Rogol Isteri Rakan Sendiri Yang Sedang Mengandung 7 Bulan

Trending

Lelaki Tergamak Rogol Isteri Rakan Sendiri Yang Sedang Mengandung 7 Bulan

Terdapat satu kejadian dimana seorang lelaki tergamak rogol isteri kepada rakannya sendiri yang sedang sarat mengandung. Teruk betul perangai!

ADVERTISEMENT

BACA : Ibu Terkejut Perut Anak 16 Tahun Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri

Menurut laporan Kosmo, kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Merlimau, Melaka pada 21 Januari lepas. Ketika itu mangsa yang berusia 26 tahun itu sedang tidur sebelum suspek datang dan menutup mukanya menggunakan kain. 

Kemudian, lelaki itu mengugut menggunakan pisau supaya mangsa menanggalkan pakaian sebelum merogolnya. Allahu..

Suami dalam penjara

Wanita yang sedang mengandung tujuh bulan itu dikatakan tinggal bersendirian di rumah kerana suaminya sedang menjalani hukuman penjara angkara dadah. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.

Lelaki itu mengaku bersalah dan dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas tuduhan dibacakan. Semoga kejadian sebegini dijauhkan dari kita semua.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas