Connect with us

Oh! Media

Ibu Terkejut Perut Anak 16 Tahun Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri

Polis1

Trending

Ibu Terkejut Perut Anak 16 Tahun Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri

Ibu kepada seorang remaja perempuan yang berusia 16 tahun terkejut apabila melihat perut anaknya itu semakin membesar.

BACA : OKU Rasa Dipersendakan Buat Laporan Polis Ke Atas Kaklong 7E

Menurut laporan Harian Metro, rupa-rupanya remaja tersebut telah mengandung empat bulan selepas dirogol sepupunya sendiri di rumah mereka yang terletak di Kulim, Kedah.

IKLAN

Perkara ini dikatakan terbongkar selepas ibunya sendiri mendesak supaya memberitahu cerita sebenar dan mengaku dirogol pada September tahun lepas ketika dia sedang tidur dan ianya dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam.

Mangsa mendakwa kejadian berlaku ketika dia sedang tidur dalam bilik dan suspek masuk melalui pintu hadapan rumah yang tidak berkunci.

Selepas kejadian, suspek dikatakan menyuruh agar mangsa tidak memberitahu perkara itu kepada sesiapa. Walaubagaimanapun, polis telahpun menahan seorang lelaki berusia 25 tahun yang didakwa merupakan suspek bagi membantu siasatan.

Allahu, semua orang diingatkan supaya tidak takut untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti ini ya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas