Connect with us

Oh! Media

Lelaki Tergamak Berbog*l Di Tempat Awam Sebab Kecewa Ditinggal Kekasih

Lelaki bogel ohmedia

Oh! Tidak

Lelaki Tergamak Berbog*l Di Tempat Awam Sebab Kecewa Ditinggal Kekasih

Tular satu video di media sosial menunjukkan seorang lelaki berbogel di pusat komersial sekitar Permas Jaya, Johor Bahru. Dah kenapa pula tu?

Kalau korang tengok video itu menunjukkan lelaki berkenaan sedang melintas jalan dalam keadaan berbogel. Kemudian, ada dua orang lelaki dilihat menghalangnya sebelum pihak polis tiba dengan sebuah Unit Kereta Peronda (MPV).

Menurut laporan mStar, kejadian itu dipercayai berlaku pada awal pagi Jumaat lepas dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat.

IKLAN
Img 5532

Pihak polis merima laporan polis berhubung kejadian itu sebelum menahan suspek.

Wanita tempatan itu (pekerja hotel) menyaksikan suspek dalam keadaan berbogel di tempat awam.

Hasil siasatan mendapati punca suspek bertindak sedemikian kerana tidak dapat menerima hakikat ditinggalkan oleh teman wanitanya.

Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai masalah kesihatan berkaitan mental.

Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mengaibkan kehormatan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas