Connect with us

Oh! Media

Oh! Tidak

Lelaki Singapura Dipenjara, Cuba Kenakan Isteri Dengan Ganja Sebagai Alasan Cerai

Seorang lelaki warga Singapura, Tan Xianglong, 37, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun 10 bulan selepas cuba mengenakan isterinya dengan meletakkan ganja dalam kereta wanita itu, dengan harapan isterinya akan dihukum mati.

Pasangan ini berpisah kurang dua tahun selepas memohon cerai tetapi permohonan mereka ditolak kerana perkahwinan yang terlalu singkat.

IKLAN

Tan marah kerana merasakan isterinya tidak cukup menyumbang dari segi kewangan dalam perkahwinan mereka.

Menurut dokumen mahkamah, Tan berbincang dengan peguam dan muncul dengan idea bahawa perceraian boleh berlaku jika salah satu pihak mempunyai rekod jenayah.

Pada mulanya, Tan mengupah penyiasat persendirian untuk mencari bukti kecurangan isterinya tetapi tidak menemukan apa-apa.

Akhirnya, dia merancang untuk meletakkan ganja di dalam kereta isterinya dan menyifatkannya kepada teman wanitanya sebagai “rancangan yang sempurna.”

Tan membeli dadah itu di pasaran gelap dan mendapati ia seberat 510 gram, melebihi nilai ambang 500 gram untuk hukuman mati di Singapura.

Daripada penyelidikannya dalam talian, dia tahu pihak terbabit (isterinya) akan berdepan hukuman mati, jika disabit kesalahan mengedar lebih 500 gram ganja.- Menurut dokumen mahkamah.

Namun, analisis makmal menunjukkan dadah tersebut hanya mengandungi 216.17 gram ganja tulen. Isteri Tan ditahan selepas polis menemukan dadah dalam keretanya tetapi tiada bukti lain yang menunjukkan dia bersalah.

Polis kemudian menyiasat Tan yang akhirnya membawa kepada penahanan dan sabitan terhadap lelaki itu.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas