Connect with us

Oh! Media

“Tolak Dari Belakang Dan Terus Heret Ke Katil”, Pemain Bola Sepak Tanah Air Disyaki Rogol Remaja

Oh! Tidak

“Tolak Dari Belakang Dan Terus Heret Ke Katil”, Pemain Bola Sepak Tanah Air Disyaki Rogol Remaja

Seorang pemain bola sepak liga tempatan telah ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang remaja perempuan yang baru saja berusia 18 tahun.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, lelaki berusia 28 tahun itu telah ditahan di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) malam Ahad lepas dan perkara ini dikatakan sendiri Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Pada awalnya, mangsa keluar dari bilik untuk membuang sampah sebelum didatangi suspek yang terus menolak dan mengheretnya ke katil dalam bilik.

Dia (mangsa) cuba melawan dan menjerit namun ketika kejadian tiada ahli keluarga dan dia yang tidak berdaya akhirnya dirogol suspek.

Walaubagaimanapun, mangsa sudah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan mendapati terdapat satu kesan koyakan baru.

Sebelum ini juga mangsa dikatakan pernah mendapat gambar dan mesej lucah daripada suspek pada tahun lepas.

Polis turut merampas baju dan seluar digunakan suspek semasa kejadian jenayah itu dilakukan. Suspek direman selama empat hari bermula semalam sehingga 2 Jun dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK).

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas