Connect with us

Oh! Media

Lelaki Mohon Maaf Sebar Aib Kekasih Curang Dengan Lelaki Myvi Biru

curang

Trending

Lelaki Mohon Maaf Sebar Aib Kekasih Curang Dengan Lelaki Myvi Biru

Tiap kali cerita tentang curang dalam perhubungan, orang kita pasti akan bergaduh dan cuba pertahankan jantina mereka. Ada yang kata lelaki salah dan ada juga yang kata perempuan salah. Macam itulah yang berlaku dalam satu video yang tersebar di TikTok menunjukkan seorang lelaki dalam keadaan kecewa berjaya menangkap saat kekasihnya keluar bersama lelaki lain.

ADVERTISEMENT

Ini lebih menyedihkan apabila kekasihnya itu pura-pura tidak mengenali lelaki terbabit yang datang secara tiba-tiba di sebuah tempat letak kereta pusat membeli-belah.

Inilah Allah nak tunjuk, kantoi curang depan mata. Akhirnya, ini bukan kali pertama tapi kedua. Kawan siap keluar berdua? Tak rasa bersalah ya mainkan hati orang? – Luahnya.

Rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap lelaki terbabit. Ada juga yang menasihatkan lelaki itu untuk meninggalkan sahaja perempuan seperti itu dan mencari pengganti yang lebih baik.

Walaubagaimanapun, lelaki itu berasa kesal kerana menyebarkan aib kekasihnya itu. Dia memohon maaf dan memohon agar orang ramai tidak berkongsi video berkenaan.

Saya pemuda yang menularkan kes curang Myvi biru. Saya ingin memohon maaf daripada semua pihak dan tolong jangan mengecam lelaki dan gadis tersebut kerana kami telah selesaikan dengan baik. Saya merayu tolong jangan viral dan padam video tersebut. Saya telah menyesal atas perbuatan saya yang telah mengaibkan mereka.

Betul juga apa yang dikatakan lelaki tu, kita kalau boleh elak untuk sebarkan aib seseorang. Apapun harap perkara yang berlaku ini dapat menjadi pengajaran kepada kita semua. Jujurlah dalam setiap perhubungan, jika tidak ada hati lagi untuk bersama, lepaskan sahajalah. Usahlah dikau menyiksa jiwa seseorang.

Kredit: Sinarplus

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas