Oh! Tidak
Lelaki Menyamar Polis Ugut Pelajar Universiti RM3k, Rog*l Dalam Kereta
Di Melaka, seorang pelajar universiti didakwa menjadi mangsa rogol dan cabul dua lelaki yang dipercayai menyamar sebagai anggota polis.
Lapor Malaysia Gazette, kedua-dua suspek berusia 23 dan 29 tahun itu didakwa menyalahgunakan kuasa palsu untuk memeras ugut mangsa dan teman lelakinya yang ditangkap berdua-duaan di kawasan sunyi di Pantai Klebang, Melaka.
Mereka kini direman tujuh hari sehingga 29 Mei ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) atas kesalahan rogol dan Seksyen 170 KK kerana menyamar sebagai penjawat awam.
Suspek ugut RM3,000, paksa buat hubungan badan dan rakam

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, kejadian berlaku sekitar jam 9 malam di mana mangsa dan teman lelakinya yang berada di dalam kereta dihampiri suspek yang menaiki motosikal.
Suspek mengetuk cermin tingkap pasangan kekasih itu dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis sebelum masuk ke dalam kereta berkenaan dan menghubungi seorang lagi rakannya berusia 23 tahun menaiki sebuah motosikal lain. Mereka menuduh pasangan itu melakukan hubungan seks serta mengugut supaya membayar RM3,000 jika tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang.
Namun, apabila pasangan terbabit memaklumkan mereka tidak mempunyai wang, kedua-dua suspek mula bertindak kejam.
Mereka mengarahkan pasangan itu melakukan hubungan seks di tempat duduk belakang sambil merakamkan aksi tidak senonoh menggunakan telefon bimbit, manakala seorang lagi suspek memandu kenderaan.
Mangsa dirogol dan dicabul suspek

Apabila tiba di sebuah kedai serbaneka yang mempunyai mesin ATM, suspek mengarahkan teman lelaki mangsa keluar dari kenderaan untuk mengeluarkan duit, manakala mangsa ditinggalkan bersama mereka.
Gadis berkenaan yang dibiarkan tanpa pakaian di tempat duduk belakang kereta kemudian dirogol suspek berusia 29 tahun sebanyak dua kali manakala suspek berusia 23 tahun meraba kemaluan pelajar universiti awam itu.
Disebabkan tidak mempunyai duit dalam akaun bank, mangsa terpaksa meminjam RM50 daripada rakannya sebelum menyerahkan wang itu kepada suspek.
Suspek kemudian memandu semula kenderaan ke Pantai Klebang untuk mengambil motosikal.
Kedua-dua suspek kemudian beredar dan mangsa segera membuat laporan polis sekitar jam 3 pagi. Ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah.
Pssttt! Dasyat betul perlakuan suspek ni ye. Semoga dikenakan hukuman yang setimpal dengan perlakuan keji mereka.
Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM