Connect with us

Oh! Media

(Video) Arahan & Siren Tidak Dihiraukan, Laluan Ambulans Terhalang Gara-Gara Pemandu Degil

Trending

(Video) Arahan & Siren Tidak Dihiraukan, Laluan Ambulans Terhalang Gara-Gara Pemandu Degil

Dugaan buat si pembawa van Ambulans bernama Azman apabila dia terpaksa berdepan dengan situasi kecemasan yang memerlukan dia bergerak laju namun ada pula kenderaan yang menghalang jalan. Kejadian itu juga dikatakan telah berjaya direkod oleh Azman dalam satu video rakaman dash cam.

ADVERTISEMENT

Video rakaman yang tular di media sosial sejak semalam itu telah memaparkan sebuah kereta jenis Naza Forte yang telah menghalang laluan van ambulans yang dipandu oleh Azman dalam kejadian itu.

Video rakaman dash cam yang dikongsikan di laman TikTok itu telah memperlihatkan van ambulans yang pada mulanya berada di lorong kanan terpaksa menukar laluan ke lorong tengah disebabkan jalan raya yang sesak.

Namun cubaan Azman untuk memandu van ambulans itu dengan lebih pantas terhalang disebabkan oleh sebuah kereta Naza yang berada dihadapannya.

Kenderaan lain yang berada di lokasi kejadian dilihat turut memberi kerjasama dengan bergerak ketepi untuk memberikan laluan kepada Azman, namun kereta Naza itu bagaimanapun langsung tidak berganjak walaupun lampu dan siren sudah dibunyikan oleh Azman.

Lebih dasyat, apabila kereta Naza itu dilihat terus kekal berada di laluannya meskipun Azman telah berulang kali menyebut no plat kereta itu supaya beralih ke kiri bagi membuka Laluan.

Mengulas lanjut mengenai insiden itu, Azman berkata, kejadian itu telah berlaku semalam, 10 Mac 2021 di Lebuhraya Persekutuan, sewaktu dia sedang dalam perjalanan ke sebuah hospital yang terletak di ibu negara.

Menurut Azman, dia sangat berharap supaya orang ramai lebih peka dan memberi ihsan terutama kepada pasukan frontliner yang sedang bertugas dan lebih menyedihkan apabila masalah ini dikatakan sering kali terjadi kepada mereka.

Kami bukan suka-suka gunakan siren dan beacon (lampu mata arah). Kami ada pesakit didalamnya. 

Ini masalah yang kami, pemandu ambulans sentiasa hadapi. – Kata Azman.

Semoga lepas ni masyarakat kita akan lebih peka dan boleh beri kerjasama, lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan situasi yang macam ni.

Kredit: Azman Roy

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas