Oh! Tidak
Lelaki Didakwa Pukul Kekasih Sebab Kena Reject ‘Ringan-Ringan’ Dalam Kereta
Di Twitter, tular satu perkongsian mendakwa seorang lelaki telah memukul rakannya di dalam kereta gara-gara permintaan untuk melayani kehendak nafsu tak dipenuhi.
BACA: Wanita Tengah Pantang Anak Kembar Maut, Suami Selalu Gersang Paksa Layan Nafsu Batin
Menurut perkongsian tersebut, rakannya sudah 10 bulan bercinta dengan lelaki itu namun nekad memutuskan hubungan apabila diminta melakukan bukan-bukan.

Dakwanya, bekas kekasih rakannya itu sanggup mencederakan diri dan menangis apabila kena ‘reject’. Selepas kejadian pukul di dalam kereta, mangsa dikatakan diugut supaya tak melaporkan kejadian kepada sesiapa.


Tetapi, setelah berfikir panjang mangsa akhirnya tampil ke balai polis dan bekas kekasihnya ditahan reman selama 4 hari.


Namun, lelaki tersebut bebas selepas dikenakan denda di atas kesalahannya. Pengguna Twitter ini berkata rakannya sehingga ke hari ini masih mengalami trauma.
Kredit: Twitter
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM