Oh! Tidak
Lelaki Didakwa Buat Jenayah Ke Atas Peniaga Makanan Di Kuantan
Seorang lelaki berusia 53 tahun telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan pada Khamis atas pertuduhan membunuh seorang peniaga makanan wanita, Norshamira di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada 13 Februari lalu.
Tertuduh, Zalzul Kamar Abdul Ghani, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.
Walau bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dalam prosiding tersebut.
Didakwa membunuh Norshamira di kawasan jeti…

Berdasarkan pertuduhan, Zalzul Kamar didakwa membunuh mangsa, Norshamira Zainal, 37, di kawasan jeti Sungai Kuantan, yang terletak di belakang Restoran Golden Empire Palace di Jalan Padang Lalang.
Kejadian dipercayai berlaku antara jam 7.30 malam hingga 8.30 malam pada 12 Februari lalu.
Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sebatan minimum 12 kali, jika sabit kesalahan.
Tertuduh tidak diwakili peguam, kes disebut semula 10 April…
Kes ini dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Pahang, Shahrizat Ismail, serta Timbalan Pendakwa Raya Pahang, B. Deevagaran Nandu.
Bagaimanapun, tertuduh tidak diwakili peguam dalam prosiding tersebut.
Mahkamah kemudian menetapkan 10 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk tindakan lanjut.

Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM