Oh! Tidak
Lelaki Dakwa Ditipu Hidup-Hidup! Rupa-Rupanya Isteri Yang Dinikahi Dah Pun Bersuami!
Lelaki dakwa ditipu isteri yang masih bersuami, perkahwinan disahkan tidak sah selepas rahsia besar terbongkar.
Tular di TikTok perkongsian seorang lelaki dikenali sebagai Mat Syed mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan seorang wanita yang sudah bersuami.
Dalam pendedahan panjang itu, Mat Syed mendakwa wanita dikenali sebagai Una berjaya memperdaya dirinya sehingga mereka berkahwin walaupun wanita itu masih mempunyai suami sah.
Kenal di group kereta sehingga kahwin senyap-senyap di Thailand
View on Threads
Menurut Mat Syed, perkenalan mereka bermula dalam sebuah kumpulan kereta Axia dan hubungan itu semakin rapat hingga Una mendakwa dirinya hamil.
Disebabkan rasa tanggungjawab, dia bersetuju berkahwin dengan wanita tersebut di Thailand tanpa melibatkan keluarga.
Namun selepas beberapa bulan, Mat Syed mendakwa mula curiga apabila isterinya memberi pelbagai alasan untuk tidak tinggal bersama, kononnya mahu menjaga ibunya yang sakit.
Lebih mengejutkan, sepanjang perkahwinan itu dia mendakwa tidak pernah dibenarkan masuk ke rumah keluarga wanita berkenaan dan hanya bertemu di homestay.
Anak masuk hospital, rupanya semua tipu daya
View on Threads
Mat Syed mula berasa curiga apabila wanita itu memberitahu anak mereka sakit dan dimasukkan ke ICU.
Tanpa sebarang bukti, semua urusan hospital dikendalikan oleh wanita tersebut dan keluarga Mat Syed hanya dibenarkan menunggu di lobi.

Tidak lama kemudian, rahsia besar terbongkar! Hasil siasatan mendalam keluarga Mat Syed mendapati wanita yang dikahwininya sebenarnya isteri kepada lelaki lain dan mempunyai tiga anak!
Malah, dokumen yang digunakan untuk membuktikan status janda didakwa palsu.
Didakwa pandai menipu dan palsukan dokumen

Menurut Mat Syed, hasil siasatan lanjut menunjukkan Una dan suaminya dikatakan sering menipu orang ramai menggunakan pelbagai nama dan nombor telefon berbeza.
Mereka juga didakwa menipu dengan kisah anak sakit untuk meraih simpati dan sumbangan daripada orang ramai.
Selepas disahkan oleh pejabat agama, perkahwinan saya dengannya tidak sah dan boleh dibubarkan begitu sahaja.
Mat Syed turut membuat laporan polis dan menyerahkan maklumat kepada pihak berkuasa agama bagi membersihkan namanya selepas dituduh menyebar fitnah.
Pssttt! Fuh, kalau betul dakwaan ni memang dahsyat lah sampai melibatkan anak dan keluarga. Apa-apa pun kita tunggu penjelasan Una pula.
Kredit: Thread nur_bunga00
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM