Connect with us

Oh! Media

Lebih RM9.7 Juta Duit Zakat Yang Dibayar Lesap Di Tangan Ejen Kutipan

Duit kutipan zakat lesap ohmedia

Oh! Tidak

Lebih RM9.7 Juta Duit Zakat Yang Dibayar Lesap Di Tangan Ejen Kutipan

Perkara inilah membuatkan rakyat kurang percaya dengan amanah yang diberikan. Kita sebagai rakyat dan beragama Islam sudah jalankan tanggungjawab untuk membayar zakat tetapi mereka yang diberikan tanggungjawab memilih untuk pecah amanah.

Berdasarkan apa yang dilaporkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, lebih RM9.7 juta wang zakat disyaki lesap selepas diambil syarikat pengutip zakat.

Sebanyak empat kes direkodkan setakat ini di mana jumlah itu sepatutnya dipulangkan.

IKLAN
Image 9
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial JSJK Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf

Kes dilaporkan berlaku di Selangor 2 kes, Perak 1 kes dan Terengganu 1 kes…

Kes di Perak mencatatkan nilai kerugian tertinggi iaitu RM9,629,682. Amat mendukacitakan apabila wang zakat juga turut diseleweng oleh individu-individu yang diamanahkan untuk mengutip wang terbabit.

Syarikat ejen ini dilaporkan gagal mendepositkan wang kutipan bermula Mac 2023 hingga September 2023. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas