Connect with us

Oh! Media

Lapor Polis Konon Wang RM39k ‘Hilang’, Boss Guna Gaji Pekerja Untuk Main Judi?

gaji pekerja

Trending

Lapor Polis Konon Wang RM39k ‘Hilang’, Boss Guna Gaji Pekerja Untuk Main Judi?

Kejadian di Port Dickson, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pengurus syarikat, ‘kononnya’ wang berjumlah RM39,800 untuk bayar gaji pekerja telah ‘hilang.’

ADVERTISEMENT

BACA: Ada Pihak Cuba Cabar Keputusan Haramkan Kedai Judi Di Mahkamah?

Menerusi laporan Kosmo, laporan yang dibuat oleh pengurus tersebut didapati palsu dan dia sengaja buat laporan palsu untuk gunakan wang tersebut untuk kegunaan sendiri.

Wang habis untuk main judi

gaji pekerja
Aidi Sham

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed, tindakan penipuan yang dilakukan oleh lelaki tersebut terbongkar selepas polis mendapati wang yang dikatakan hilang itu habis digunakan untuk bermain judi.

Hasil soal siasat pada pukul 11.15 malam semalam mendapati suspek sengaja mengada-adakan cerita tentang kehilangan wang berjumlah RM39,800 dengan tujuan dapat melewatkan pembayaran gaji pekerja.

Wang tersebut telah habis digunakan oleh pengadu untuk bermain judi di sebuah tempat perjudian berlesen.

Aidi Sham juga menyatakan pihaknya menerima laporan polis berkaitan dengan wang yang hilang itu pada jam 9.33 malam. Suspek mendakwa telah mengeluarkan RM45,000 daripada bank untuk membayar gaji pekerja.

Wang tersebut telah disimpan di dalam beg sandang lalu diletakkan di bawah kerusi tempat duduk pemandu.

Seterusnya, dia pulang ke Port Dickson sebelum ke rumah bapa saudaranya di Lukut dengan menyerahkan wang sebanyak RM4,700 dan singgah di sebuah kedai makan di Taman Sentosa lalu meletakkan kenderaaan dan baki wang di dalam kenderaan.

Bag yang diisi duit itu didakwa telah hilang sejurus suspek kembali semula ke kenderaannya. Situasi ini telah menimbulkan kemusykilan, apabila cermin keretanya tiada kesan pecah.

Polis kemudian membuat satu laporan untuk lelaki ini disiasat kerana telah membuat keterangan palsu kepada polis.

Pihak polis memandang serius perbuatan tidak bertanggungjawab ini dan orang awam diingatkan supaya tidak membuat laporan polis palsu bagi mengelakkan diambil tindakan undang-undang.

Ada-ada jelah tipu muslihat manusia ni. Tak bertanggungjawab betul boleh guna duit gaji pekerja untuk buat main judi! Minta jauh daripada dapat pengurus yang macam ni.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas