Connect with us

Oh! Media

Ada Pihak Cuba Cabar Keputusan Haramkan Kedai Judi Di Mahkamah?

judi

Oh! Negara

Ada Pihak Cuba Cabar Keputusan Haramkan Kedai Judi Di Mahkamah?

Sebelum ini Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor telah mengumumkan satu keputusan yang mengejutkan apabila memutuskan untuk mengharampak kedai judi di negeri itu. Cara yang digunakan bagi merealisasikan perkara itu adalah dengan tidak membuka sebarang permohonan mahupun pembaharuan lesen judi.

ADVERTISEMENT

Tapi seperti yang dijangka, pasti akan ada pihak yang akan membantah apa yang dilakukan Sanusi. Ini dapat dilihat apabila sudah ada beberapa pihak yang menghantar permohonan kepada mahkamah untuk mencara undang-undang pengharaman kedai judi.

Memetik laporan mStar, beberapa orang penduduk Alor Setar dan juga pihak Liew Han Eng adalah mereka yang terlibat. Permohonan itu dihantar di Mahkamah Tinggi di George Town bagi meminta hakim membuat semakan terhadap keputusan Menteri Besar.

Langkah kerajaan negeri Kedah adalah “ultra vires” (melangkaui bidang kuasa) Perlembagaan Persekutuan kerana kuasa untuk mengeluarkan lesen sedemikian terletak di bawah bidang kuasa Parlimen.

Kata-kata di atas adalah dari Pengerusi biro undang-undang kebangsaan DAP, Ramkarpal Singh yang pernah berkata akan membantu memfailkan permohonan itu bagi pihak plaintif.

Mereka turut mendakwa apa yang diputuskan itu tidak munasabah dan boleh dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas