Connect with us

Oh! Media

Lapan Tahun Hilang, Pencarian MH370 Diteruskan Semula

MH370

Trending

Lapan Tahun Hilang, Pencarian MH370 Diteruskan Semula

Lapan tahun lalu, Malaysia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 yang melibatkan banyak nyawa terkorban di dalamnya.

ADVERTISEMENT

Kini, pencarian penerbangan Malaysia Airlines MH370 dimulakan semula apabila ada teknologi baru yang dapat menentukan lokasi pesawat yang terhempas itu dengan tepat.

BACA: Ada Penemuan Baru, Kehilangan Pesawat MH370 Jadi Tumpuan Semula?

Menerusi laporan Kosmo, pencarian MH370 kembali aktif apabila seorang jurutera aeroangkasa Britain, Richard Godfrey dapat mengesan kapal terbang Boeing 777 dengan menggunakan teknologi pengesanan baru.

Dapat selesaikan misteri paling rumit

Isyarat radio yang bertindak seperti penggera pengesanan penceroboh (IDS) dan telah membantu Godfrey menyelesaikan misteri paling rumit dalam dunia penerbangan antarabangsa.

‘Bangkai’ pesawat MH370 itu didakwa berada pada kedudukan 3,962 meter di dasar laut dengan jarak 1,931 kilometer ke barat Perth, Australia. Lokasi ini dikenali sebagai Broken Ridge, iaitu kawasan tanah tinggi di dasar laut, di tenggara Lautan Hindi.

Saya yakin bahawa insiden yang menimpa MH370 adalah disebabkan oleh juruterbang, Kapten Ahmad Zaharie Shah yang membuat keputusan menukar laluan pesawat dan menghilangkannya di sebuah lokasi paling terpencil di dunia.

Kini dengan adanya teknologi canggih dan moden, saya berharap pesawat itu kembali ditemui sekali gus merungkai misteri yang sudah berlanjutan selama lapan tahun.

Cari data yang mungkin terlepas

Godfrey mengatakan, sistem baru yang dipanggil Pelapor Penyebaran Isyarat Lemah (WSPR) seperti memiliki satu kumpulan IDS dalam setiap arah untuk mengesan isyarat daripada data komunikasi satelit MH370.

Angus MItchell, Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia berharap misteri aviasi terbesar di abad ini yang masih belum terungkai dapat menemui penghujungnya.

Kami sedang menyemak semua data lama, mencari apa-apa yang mungkin terlepas.

Oleh kerana laporan itu meletakkan pesawat di kawasan yang pernah dicari, kami sedang meneliti semakan data dengan kerjasama Geosains Australia.

Michell yakin dengan penyelidikan yang dilakukan oleh Godfrey tetapi enggan memberi harapan palsu kepada keluarga mangsa.

Kami mempunyai data yang cukup daripada satelit, kami mempunyai oseanografi, analisis drift, kami mempunyai data prestasi daripada Boeing dan kini ditambah dengan teknologi baharu oleh Godfrey.

Kesemuanya menunjukkan satu kesimpulan yang sama iaitu lokasi pesawat terhempas adalah pada satu titik khas di Lautan Hindi.

239 penumpang telah terkorban dalam pesawat MH370 yang hilang tanpa jejak, berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke Beijing China pada 8 Mac 2014.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas