Connect with us

Oh! Media

Ada Penemuan Baru, Kehilangan Pesawat MH370 Jadi Tumpuan Semula?

658d56da c222 4e9f 88f5 d3d9da157d18

Trending

Ada Penemuan Baru, Kehilangan Pesawat MH370 Jadi Tumpuan Semula?

Masih menjadi misteri, kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang membawa 293 penumpang dan anak kapal akibat terhempas pada 8 Mac 2014 yang lalu menjadi tumpuan dunia semula berikutan penemuan baru yang dikemukan oleh seorang jurutera aeronautik Britain, Richard Godfrey.

BACA : Buat Pertama Kali Serpihan Pesawat MH370 Dipamerkan

Menurut laporan BBC, Richard dilaporkan telah menghabiskan masa lebih setahun untuk mengkaji tragedi MH370 itu dan telah ‘mengira’ kedudukan pesawat terhempas itu.

IKLAN
2f465233 0f84 415d a6c1 a405babfb8bc

Richard percaya pesawat jenis Boeing 777 itu telah terhempas ke Lautan Hindi, 2,000 kilometer barat Perth, bahagian Australia Barat.

Jurutera itu memberitahu BBC mengenai kajiannya itu dimana dia telah menggabungkan set data berbeza yang sebelum ini disimpan dalam domain berasingan untuk menjajarkan ke lokasi baharu itu di Lautan Hindi Selatan.

Tiada siapa yang mempunyai idea sebelum ini untuk menggabungkan data satelit Inmarsat, dengan data prestasi Boeing, dengan data hanyut serpihan terapung serta data WSPR.

Sehubungan itu, Godfrey berharap penemuan itu akan dapat memberikan sedikit kesimpulan dan jawapan mengenai apa yang berlaku terhadap pesawat MH370 dan bagaimana peristiwa tragik seperti itu dapat dielakkan pada masa akan datang.

Sumber: BBC

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas