Connect with us

Oh! Media

“Kudos Pilot!” – Netizen Bangga Lihat Pesawat MAS Mendarat Semasa Taufan Eunice di UK

MAS

Oh! Tidak

“Kudos Pilot!” – Netizen Bangga Lihat Pesawat MAS Mendarat Semasa Taufan Eunice di UK

Tular di media sosial, sebuah video yang memaparkan kapal terbang Malaysia Airlines (MAS) mendarat di Lapangan Terbang Heathrow, London semasa taufan Eunce melanda negara itu.

ADVERTISEMENT

BACA: Petunjuk Baharu Lokasi Pesawat MH370 Akan Disemak

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang Youtuber Big Jet TV, pendaratan yang cantik dan flawless itu dapat dilihat secara langsung semasa London berdepan dengan taufan Eunice itu.

Kalau korang tengok video kapal terbang mendarat ni, mesti korang akan dengar suara seorang lelaki puji kecantikan kapal terbang itu semasa merakam pendaratan kapal terbang tersebut! Fuh, memang bangga!

Apabila juruterbang mendarat dengan sangat baik, ia secara langsung dapat mengelakkan dari berlaku apa-apa musibah yang tidak diingini, lebih-lebih lagi semasa taufan melanda.

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut bangga dengan juruterbang itu. Kini, tontonan video tersebut di YouTube Big Jet TV telah mencecah tujuh juta penonton dalam masa satu hari!

Tahniah buat Malaysia Airlines kerana telah membuat Malaysia bangga! Terima kasih buat juruterbang yang beri pendaratan yang smooth dan flawless!

Kredit: Big Jet TV

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas