Connect with us

Oh! Media

KPM Pindahkan Pengetua Dan Warden Sementara Siasatan Kes Zara Qairina

Ohmedia zara qairina

Oh! Tidak

KPM Pindahkan Pengetua Dan Warden Sementara Siasatan Kes Zara Qairina

KPM pindahkan pengetua dan warden SMKA Tun Datu Mustapha sementara siasatan kes Zara Qairina berjalan.

Kalau sebelum ini kes tragis Allahyarham Zara Qairina hanya jadi sebutan di media sosial, kali ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dah ambil langkah serius.

Ini apabila, pihak pengurusan sekolah terlibat kini dipindahkan sementara, demi pastikan siasatan berjalan tanpa sebarang gangguan.

Pindah sementara demi siasatan telus kes Zara Qairina…

Zara Qairina Kubur

Dalam kenyataan rasmi, KPM memaklumkan bahawa Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan semua warden SMKA Tun Datu Mustapha akan ditempatkan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sehingga siasatan selesai.

IKLAN

Keputusan ini dibuat selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman telah ambil alih kes ini.

KPM juga menegaskan mereka akan beri kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk pastikan semua aspek siasatan dijalankan secara menyeluruh, teliti dan tuntas.

Keutamaan KPM buat keluarga mangsa…

Zara Qairina

KPM akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dilaksana secara menyeluruh, teliti dan tuntas.

Sebagaimana yang telah ditegaskan, kes tersebut adalah keutamaan KPM pada masa ini.- Kata kenyataan itu.

Mereka berharap siasatan telus dan lengkap dapat dilaksanakan demi keadilan buat keluarga Zara Qairina serta semua pihak yang terlibat.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia pada 17 Julai di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu. Sebelum itu, pada 4 pagi, 16 Julai, dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar.

Kejadian ini telah mencetuskan pelbagai persoalan dan tekanan dari masyarakat yang mahu kebenaran didedahkan segera.

Pssttt! Bila nyawa melibatkan pelajar di bawah jagaan sekolah, amanah tu bukan main-main, korang. Apa pun jawapan yang akan keluar nanti, kita harap semua pihak ambil pengajaran untuk perketat keselamatan dan jaga kebajikan pelajar sebaiknya.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas