Connect with us

Oh! Media

Kongsi Foto Baring Bersama Pingat, Posting Atlet Negara Dibanjiri Komen Yang Menjijikkan

Trending

Kongsi Foto Baring Bersama Pingat, Posting Atlet Negara Dibanjiri Komen Yang Menjijikkan

Tirai temasya Sukan Komanwel 2022 yang dianjurkan di Birmingham telahpun melabuhkan tirainya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Gurauan Berunsur Seksual Tidak Boleh Diterima Sama Sekali” – Faizal Azumu

Tentunya kita berasa bangga dengan pencapaian atlet-atlet negara yang telah berhempas pulas untuk mencapai kemenangan demi mengharumkan nama negara.

Muatnaik foto bersama pingat

Antara atlet yang menyumbang pingat buat negara ialah Muhammad Erry Hidayat, yang cemerlang dalam kategori 73 kilogram (kg) sukan angkat berat dan telah memenangi pingat perak.

Terbaru, atlet angkat berat negara itu berkongsi fotonya yang sedang baring bersama-sama pingat yang dimenanginya.

Alhamdulilah selesai perjuanganku dgn sahabatku, terima kasih semua.

Saya dapat mengharumkan nama Malaysia di persada dunia dengan jurulatih yang hebat dan tak lupa yang sentiasa memberiku doa yang tak henti iaitu ibu bapa.

Wanita gersang memenuhi ruangan komen

Namun, terdapat perkara yang kurang enak untuk dilihat apabila hantaran dimuat naik Erry Hidayat itu dibanjiri dengan komen-komen yang agak menjijikkan.

Menerusi ciapan dibuat Jabatan Netizen Malaysia, dapat dilihat terdapat beberapa komen berbentuk gangguan seksual ditinggalkan di ruangan komen hantaran atlet angkat berat berkenaan.

Lebih mengejutkan ialah, komen-komen berbentuk seksual itu ditulis golongan wanita yang merupakan isteri orang.

Perempuan ke lelaki, sama je gatal

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan segelintir wanita tersebut yang dilihat seakan tidak malu meninggalkan komen sebegitu.

Apa pula pendapat korang?

Kredit: Instagram erry_strong | Twitter Jabatan Netizen Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas