Connect with us

Oh! Media

Kereta ‘Total Lost’, Tiga Beranak Maut Kemalangan Dengan Lori Dua Tan

Polis 1 1

Trending

Kereta ‘Total Lost’, Tiga Beranak Maut Kemalangan Dengan Lori Dua Tan

Tiga beranak dilaporkan maut dalam satu kemalangan selepas kereta dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lori di Kilometer 216 Lebuhraya Utara Selatan arah utara.

BACA: “Biy Tak Tinggal Awak Yang” – Kemalangan Tiga Kenderaan, Suami Meraung Isteri Terbakar Depan Mata

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta jenis Honda Jazz dinaiki keluarga itu merempuh bahagian belakang lori yang berhenti bagi kerja pembaikan jalan.

IKLAN

Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati lori terbabit telah berhenti di lorong paling kanan dan sedang meletakkan kon bagi kerja pembaikan pembahagi jalan.

Bagaimanapun kereta dinaiki tiga beranak itu telah datang dari arah belakang dan merempuh lori terbabit.

Dalam pada itu, Kosmo melaporkan bahawa rempuhan itu telah menyebabkan ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat.

Dalam pada itu, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Salam takziah kami ucapkan buat keluarga mangsa, al-Fatihah (dibaca).

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas