Connect with us

Oh! Media

“Kerajaan Sekarang Tak Akan Biar Rakyat Ikat Perut, Bukan Macam Kerajaan Dulu” – Ismail Sabri

ikat perut

Trending

“Kerajaan Sekarang Tak Akan Biar Rakyat Ikat Perut, Bukan Macam Kerajaan Dulu” – Ismail Sabri

Isu harga barang yang kian meningkat sedang hangat diperkatakan oleh rakyat buat masa ini. Namun, Perdana Menteri, Ismail Sabri telah beri jaminan bahawa kerajaan sekarang tidak akan membiarkan rakyat mengikat perut, bukan macam kerajaan dulu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Warga Asing Turut Nikmati Subsidi Ayam” – Perdana Menteri

Menerusi Harian Metro, Ismail Sabri menyatakan bahawa rakyat tidak akan mengikat perut untuk menghadapi inflasi yang sedang melanda negara pada waktu ini.

Kerajaan dulu minta rakyat ikat perut

ikat perut

Perdana Menteri menyatakan, jika kerajaan dulu meminta rakyat untuk mengikat perut, kerajaan di bawah pimpinannya kini akan mencari jalan keluar agar rakyat tidak beban dengan kenaikan harga barang.

Kerajaan dulu, dia kata bila harga naik, rakyat hendaklah ikat perut. Itu dulu, tapi kita tak kata macam tu. Kita akan mencari kaedah supaya rakyat tidak terbeban termasuk mengekalkan subsidi barangan asas termasuk petrol dan diesel.

Ismail Sabri menegaskan bahawa kerajaan sedar akan kenaikan beberapa harga barang dan pada tahun ini, sebanyak RM70 bilion subsidi diperuntukkan untuk barangan asas dan tak ada subsidi yang ditamatkan.

Kita beri subsidi makanan dan harga ayam sebanyak RM700 juta untuk memastikan harga kekal RM8.90, minyak masak RM4 bilion supaya harga minyak pek RM2.50 kalau tak RM9.50 sekampit (untuk) sekilogram.

Harapnya memang betul lah kerajaan akan mencari jalan keluar untuk rakyat yang sedang struggle pada waktu-waktu gentir ini. Jangan hanya mengeluarkan kata-kata ingin membantu rakyat tapi hakikatnya di luar sana ramai yang masih mengikat perut.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas