Connect with us

Oh! Media

“Kerajaan Patut Perkenal Skim i-Survive Kepada Orang Ramai” – Najib Razak

Najib Razak

Trending

“Kerajaan Patut Perkenal Skim i-Survive Kepada Orang Ramai” – Najib Razak

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bercadang supaya kerajaan memperkenalkan skim i-Survive yang membabitkan pemberian pinjaman automatik sehingga RM5,000 kepada orang ramai. Apa pandang korang?

ADVERTISEMENT

BACA : “Perangai Sebijik Tun Mahathir” – Najib Akan Saman Fitnah Muhyiddin Yassin?

Menurut laporan Kosmo, Najib mengatakan bahawa ini adalah sebagai langkah untuk membantu rakyat dan sekaligus dapat menaikkan aliran tunai dalam ekonomi negara.

Mengambil kira kerajaan dikatakan tidak ada banyak duit untuk bantu rakyat, saya cadangkan skim i-Survive iaitu skim pinjaman mudah dengan caj perkhidmatan sebenar paling rendah sebanyak RM3,000 hingga RM5,000 pada setiap pemohon.

Katanya juga, golongan B40 dan M40 boleh mohon kepada bank dan ianya akan diluluskan secara automatik. Pinjaman itu akan dimasukkan ke akaun pemohon dalam masa dua ke tiga hari.

Caj perkhidmatan ini dicadang hanya tiga peratus bagi tempoh tiga tahun untuk dibayar balik. Najib juga mengatakan bahawa kerajaan akan membantu pembayaran balik pada setiap tahun dengan geran atau potongan daripada Bantuan Prihatin Nasional (BPN). 

Bank jangan bimbang tidak cukup dana untuk skim i-Survive kerana jika 10 juta memohon baru RM50 bilion iaitu tidak sampai 10 peratus daripada jumlah pinjaman diberi oleh bank pada hari ini.

Apapun, semoga wabak ini akan berakhir dan kita semua boleh hidup seperti sedia kala. Takbah lagi untuk mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas