Connect with us

Oh! Media

Kena Cubit Dengan Awek Sampai Menangis Di Taman? Pelajar Form 5 Dedah Perkara Sebenar

Ohmedia remaja

Oh! Tidak

Kena Cubit Dengan Awek Sampai Menangis Di Taman? Pelajar Form 5 Dedah Perkara Sebenar

Netizen mendakwa penjelasan pelajar lelaki itu tidak selari dengan video tular.

Kecoh di media sosial apabila beberapa klip video memperlihatkan pergaduhan antara dua pelajar Tingkatan 5 di kawasan perumahan di Petaling Jaya.

Gelagat seorang gadis yang dilihat bertindak kasar terhadap kenalan lelakinya seperti mencubit, ‘pintal’ jari, menolak badan serta menarik kolar baju membuatkan ramai terkejut dan terus berdebat di ruangan komen.

Spekulasi pun mula tercetus kononnya lelaki tersebut dibuli secara fizikal kerana langsung tidak melawan.

IKLAN

“Kami gaduh dekat sekolah” – Pelajar lelaki

Namun, lain pula penjelasannya. Menerusi mesej yang dihantar kepada penyanyi rap Caprice, budak lelaki berkenaan menceritakan apa sebenarnya yang terjadi.

Katanya, kejadian bermula selepas mereka bergaduh di sekolah sebelum dia secara tidak sengaja menolak rakannya itu hingga terjatuh di meja bilik seni.

Time tu bilik seni tu dah kosong, ada kitorang je. Saya tak nak jadi fitnah.

Dia juga mengaku hanya memegang tangan rakannya kerana mahu menghalang daripada terus pergi ketika masih lagi marah, namun akhirnya mengalah dan mengikut sahaja rakannya pulang.

Sebenarnya hanya meluahkan masalah

pelajar

Dalam satu lagi rakaman, remaja lelaki itu menjelaskan bahawa dia sebenarnya sedang meluahkan masalah keluarga kepada rakannya. Itulah sebab dirinya dilihat menangis ketika duduk di tepi jalan.

Dia cucuk-cucuk kaki saya yang sakit guna jari, itu yang saya mengelak. Just itu je.

Tambahnya, dakwaan kononnya rakan perempuan mengambil kunci motosikalnya juga tidak benar, sebaliknya dia hanya mahu duduk sebentar bagi meredakan amarah.

Walaupun penjelasan sudah dibuat, ada netizen yang masih kurang percaya dan menyifatkan situasi tersebut direka-reka untuk meredakan keadaan.

Pssttt! Dari video yang tular, nampak budak lelaki itu ‘terseksa’ kena pintal tangan. Apa-apa pun janganlah guna kekerasan kalau berlakunya salah faham. Selesaikan cara matang ya.

Kredit: Instagram Caprice
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas