Connect with us
abang bas

Oh! Tidak

Keluarga Abang Bas Buka Tabung Derma Untuk Bayar Wang Jaminan RM30,000

Keluarga kepada Mohamad Norhadhim Sari, 24 atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Bas’, telah membuka tabung kutipan derma bagi membantu mengumpul dana untuk membayar wang jaminan sebanyak RM30,000.

Tabung derma ini menggunakan akaun AmBank milik kakaknya yang telah memuat naik hantaran di Facebook.

IKLAN

Assalamualaikum saudara Islam yang banyak memberi sokongan dan maklum balas positif pada Abang Bas dan keluarga.

Kami merendah diri membuka tabung seikhlas hati atas dasar perikemanusiaan dan keharmonian, dari mata dan sisi Allah yang tidak pernah tidur untuk diri ini mendapatkan keyakinan.- Tulisnya.

Zarinah turut mengharapkan adiknya diberikan kekuatan untuk menghadapi cabaran ini…

Ya Allah, engkau berikan kekuatan kepada Abang Bas semoga dia berjaya menghadapi segala ujian dariMu.

Terima kasih warga media sosial yang banyak memberi nasihat, komen-komen positif, kata-kata semangat untuk membuka tabung ‘Abang Bas’ sebagai tiket saham akhirat mereka.- Tambahnya.

BACA: Abang Bas Hadapi Tuduhan Lagi Kerana TikTok, Keluarga Tetap Beri Sokongan

Terdahulu, Abang Bas, yang mempunyai lebih 600,000 pengikut di TikTok, telah ditahan kerana dituduh melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak ketika bekerja sebagai pemandu bas sekolah. Dia dibenarkan diikat jamin sebanyak RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Muar, dan sebutan semula kes dijadualkan pada 10 Oktober ini.

abang bas

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Facebook


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas