Connect with us

Oh! Media

Abang Bas Hadapi Tuduhan Lagi Kerana TikTok, Keluarga Tetap Beri Sokongan

Ohmedia abang bas

Trending

Abang Bas Hadapi Tuduhan Lagi Kerana TikTok, Keluarga Tetap Beri Sokongan

“Sabar Din, kami ada,” itulah kata-kata ahli keluarga kepada ‘Abang Bas’ yang sekali lagi dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghantar komen jelik melalui aplikasi TikTok. Kejadian ini berlaku bulan ini, ketika dia diiringi polis dengan menitiskan air mata.

Suasana bertambah pilu apabila bapanya hadir di mahkamah untuk melihat anaknya sebelum dia dibawa pergi. Mereka berpelukan sambil menangis, memohon agar ‘Abang Bas’ bersabar. Sebelum meninggalkan mahkamah, lelaki tersebut turut menghadiahkan ‘mini love’ kepada keluarganya.

Lelaki berusia 24 tahun itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh, dan memohon agar kesnya dibicarakan.

IKLAN

Dia menghadapi tiga pertuduhan keseluruhan, dengan dua daripadanya di Mahkamah Sesyen Muar. Jumlah keseluruhan ikat jamin yang dikenakan terhadapnya adalah RM40,000.

Guna perkataan ‘crush’ dan ‘kesayangan’ ditujukan kepada kanak-kanak…

Kes ini mendapat perhatian ramai selepas video TikToknya yang tular, di mana dia menggelar seorang penumpang bas sekolah rendah sebagai ‘crush’ atau ‘kesayangan’. Hantaran itu mencetuskan kecaman kerana dianggap tidak sesuai dan berunsur gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, juga telah mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) untuk membuat laporan polis mengenai hantaran tersebut.

Ohmedia abang bas

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas