Connect with us

Oh! Media

Kejadian Di Pantai Bagan Lalang Lagi, Pengendali Bot Ditemui Lemas Dan 7 Penumpang Selamat

Untitled Design   1

Oh! Tidak

Kejadian Di Pantai Bagan Lalang Lagi, Pengendali Bot Ditemui Lemas Dan 7 Penumpang Selamat

Beberapa hari lepas kami ada melaporkan yang dua kanak-kanak ditemui lemas ketika mandi di Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor.

Bukan tu jer, terdapat lelaki dewasa berusia 30-an cuba untuk menyelamatkan dua beradik itu juga ditemui maut keesokan harinya.

BACA : Dua Beradik Mandi Pantai Ditemui Lemas, Orang Awam Cuba Bantu Masih Hilang

IKLAN

Terbaru! Menurut laporan Kosmo, seorang lagi lelaki ditemui lemas semalam manakala tujuh yang lain selamat apabila bot dinaiki mereka karam di pantai sama. Allahu..

Mangsa yang merupakan seorang pengendali bot berusia 67 tahun ditemui lemas kira-kira 3 kilometer dari lokasi bot karam pada jam dalam kejadian 12 tengah hari.

Insiden itu berlaku ketika bot dinaiki mangsa dalam perjalanan dari jeti Sepang Kecil ke kelong Haji Nazri dan perkara ini dikatakan sendiri Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor.

Pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.27 petang daripada pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Kami mendapat laporan bahawa sebuah bot pancing dinaiki lapan lelaki dewasa telah karam. Sebaik tiba di lokasi kejadian kira-kira 2.40 petang, tujuh mangsa diselamatkan oleh nelayan yang kebetulan berada di kokasi kejadian.

Bagaimanapun, mangsa yang juga pengendali bot berusia 67 tahun dipercayai hilang sebelum misi mencari dan menyelamat dilakukan.

Mangsa telah ditemui terdampar di hutan bakau oleh penduduk sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada jam 3.30 petang.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Banting untuk tindakan lanjut.

Semoga dijauhkanlah perkara sebegini berlaku lagi. Hati-hati ketika berada di pantai gais.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas