Connect with us

Oh! Media

Kebanyakan Kes Datang Dari ‘Close Contacts’, Rakyat Perlu Amalkan TRIIS – KJ

TRIIS

Trending

Kebanyakan Kes Datang Dari ‘Close Contacts’, Rakyat Perlu Amalkan TRIIS – KJ

Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia telah membuat satu kenyataan di akaun Twitternya, bahawa rakyat perlu mengamalkan TRIIS, iaitu Test, Report, Isolate, Inform, Seek bagi menghapuskan penularan wabak Covid-19.

ADVERTISEMENT

BACA: “KKM Puas Hati Dengan Pematuhan SOP PRN Melaka” – Khairy Jamaluddin

Di dalam tweet tersebut, Khairy menyatakan kes baharu Covid-19 kini kebanyakannya datang dari close contacts iaitu dari keluarga dan rakan-rakan.

Buat ujian kendiri dengan segera

TRIIS

Beliau menyatakan sesiapa yang sudah membuat test dan didapati positif, mereka perlulah memberitahu rakan-rakan dan keluarga terdekat agar mereka boleh melakukan ujian kendiri dengan kadar yang segera.

Itulah sebabnya TRIIS sangat penting, terutamanya memaklumkan kepada keluarga dan rakan jika anda telah disahkan positif supaya mereka boleh bertindak dengan segera dalam melakukan ujian kendiri.

Semua pihak perlu bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan orang sekeliling. Jangan ambil mudah akan Covid-19 kerana kita tidak boleh melihatnya dan virus ini boleh datang dari sesiapa pun.

Terus lakukan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka secukupnya dan basuh tangan anda selepas berjumpa orang atau membuat sebarang pembelian di kedai.

Jangan ambil enteng akan kebolehjangkitan virus ini terhadap orang terdekat. Sayangi diri dan keluarga, amalkan TRIIS sepanjang masa.

Kredit: Twitter Khairy Jamaluddin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas