Connect with us

Oh! Media

Kapten Pasukan Bangladesh Tak Goyang Dengan Sorakan Penyokong Harimau Malaya

Trending

Kapten Pasukan Bangladesh Tak Goyang Dengan Sorakan Penyokong Harimau Malaya

Nampaknya, kehadiran puluhan ribu penyokong Harimau Malaya dalam aksi akhir kelayakan Piala Asia 2023 malam ini tidak akan memberi kesan kepada skuad Bangladesh.

ADVERTISEMENT

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh kapten pasukan mereka, Jamal Bhuyan yang menegaskan pasukannya tidak risau.

Jamal berpendapat kehadiran ribuan penyokong ke SNBJ akan memberikan motivasi kepada semua pemain tidak kira tuan rumah atau pihak lawan untuk beraksi dengan lebih baik.

Apabila beraksi dalam perlawanan, anda sebenarnya tidak terlalu fokus kepada peminat. Tapi bagi saya ia satu motivasi dengan kehadiran penyokong besar.

Saya fikir ini juga salah satu motovasi untuk pemain muda kami bagi memberi mereka lebih tenaga. Kami juga tidak memahami bahasa Malaysia, jadi ia bukan masalah. – Katanya.

Palestin sudah bantu mudahkan perjalanan skuad Malaysia

Walaupun, perjalanan skuad Bangladesh untuk melayakkan diri sudah berakhir, sudah tentu mereka akan tetap memberikan aksi yang bertenaga.

Untuk skuad negara pula, perlawanan ini akan menjadi penentuan kepada kita untuk layak ke Piala Asia. Kita perlu menang dan menggunakan kemenangan Palestin ke atas Philippines 4-0 petang tadi sebaiknya.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas