Connect with us

Oh! Media

Kanak-Kanak Menderita Hampir Setahun Akibat Gurauan Tarik Kerusi, Alami Gangguan Emosi Dan Trauma

Ohmedia gurauan Tarik Kerusi

Oh! Tidak

Kanak-Kanak Menderita Hampir Setahun Akibat Gurauan Tarik Kerusi, Alami Gangguan Emosi Dan Trauma

Gurauan tarik kerusi bukanlah satu perkara baru dan macam yang kita tahu perkara ini boleh mengakibatkan kecederaan serius kepada mangsa.

Menerusi hantaran TikTok, seorang ibu mendedahkan anak perempuannya, Puteri Nor Atiqah yang baru berusia 12 tahun menderita hampir setahun selepas terjatuh apabila kerusinya ditarik rakan sekelas.

Difahamkan kejadian itu bukan jer menyebabkan Atiqah mengalami patah tulang, dia turut menderita bone bruise, disc bulge dan coccynx.

IKLAN

Selepas kejadian itu, kehidupan kami sekeluarga berubah 360 darjah, Kakak Iqa selalu warded dan sakit pinggang.

Kesannya sampai sekarang, setiap bulan Kakak Iqa masuk ward.

@azera5276

Sebelum ,semasa dan  selepas kejadian itu,kehidupan kami sekeluarga berubah 360 ,kakak iqa selalu warded & sakit pinggang,…Allah kakak iqa jatuh disebabkan kawan tarik kerusi di sekolah pada oct 2023 ,kesannya sampai sekarang …setiap bulan kakak iqa masuk ward … #fightforiqa #fypシ゚viral #jatuhdisebabkankawantarikkerusi #fyp #jatuhkerusi #patahtulangbelakang #fypage

♬ Semua Tentang Kita – Noah

Ibunya, Azera yazid berkata anak perempuannya yang aktif dan ceria kini mengalami gangguan emosi dan trauma.

Atiqah juga difahamkan takut untuk bertemu dengan orang lain dan banyak menghabiskan masa di dalam bilik.

Sering mengadu sakit

Selain daripada trauma, ibunya juga mendedahkan dia sering menangis kerana sakit yang dihadapi dan sudah lama tidak dapat tidur lena.

Setiap kali dia bergerak, dia akan merasa sakit yang amat sangat. Sebagai ibu, saya sangat sedih melihat keadaan anak saya.

Susulan kejadian yang menimpa anaknya, kes ini telah dibawa ke mahkamah untuk tindakan lanjut.

Ohmedia gurauan Tarik Kerusi

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas