Connect with us

Oh! Media

Kanak-Kanak Dua Tahun Maut Tercekik Buah Anggur Lepas 10 Hari Dirawat

Om Featured New 1200x675 13

Oh! Tidak

Kanak-Kanak Dua Tahun Maut Tercekik Buah Anggur Lepas 10 Hari Dirawat

Kejadian di Melaka, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas 10 hari menerima rawatan di hospital.

BACA: “Uratnya Sedikit Liat Susah Hancur” – Lelaki Maut Tercekik Selepas Nikmati Daging Singgang

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, Nur Aryanna Danisha Muhamad Shaizat meninggal dunia pagi semalam di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Melaka.

IKLAN
Polis oh mediajpg

Memetik laporan Buletin TV3, kronologi kes menceritakan Nur Aryanna tercekik ketika memakan buah anggur di rumah. Mangsa kemudian dibawa ke sebuah hospital swasta di Ayer Keroh dan doktor berjaya mengeluarkan buah itu.

Selepas buah dikeluarkan, kanak-kanak itu didapati masih tidak stabil dan memerlukan alat bantuan pernafasan. Dia kemudian dipindahkan ke Hospital Melaka dan dirawat selama 10 hari sebelum disahkan meninggal dunia.

Doktor mengesahkan punca kematian kanak-kanak itu ialah ‘Hyporxic Ischaemic Encephalopathy secondary to choking’.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas