Connect with us

Oh! Media

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Selepas Dibelasah Teman Lelaki Ibunya Sehingga Tengkorak Pecah

kanak

Oh! Tidak

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Selepas Dibelasah Teman Lelaki Ibunya Sehingga Tengkorak Pecah

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak lelaki berusai 3 tahun maut selepas dihantar berubat di rumah teman lelaki ibunya di Cheng, Melaka semalam.

ADVERTISEMENT

Kejadian berlaku sewaktu ibu mangsa menghantar anaknya ke rumah teman lelakinya yang bekerja sendiri pada 5:30 pagi, namun 40 minit lelaki itu memaklumkan anak lelakinya sudah tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke Hospital Melaka (HM).

Pemeriksaan telah dibuat kepada ke atas kanak-kanak itu mendapati terdapat kecederaan di bahagian kepala dan badannya.

Hasil siasatan awal, lelaki berkenaan mengaku ada menendang mangsa secara agresif kerana muntah di atas sofa kesayangannya.

Lelaki itu juga mengaku menekan perut kanak-kanak itu secara agresif berkali-kali selain menendang sehingga kepala mangsa terhantuk ke lantai.

kanak

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, sebaik sahaja tiba di Hospital Melaka, selepas diberikan bantuan pernafasan lebih sejam kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia pada 9.15 pagi.

Dalam pada itu, ibu kandung mangsa yang berusia 24 tahun dan teman lelakinya yang berusia 25 tahun telah ditahan polis di hospital bagi siasatan lanjut.

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi mengetahui motif kejadian dan siasatan lanjut.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas