Perkahwinan sepatutnya menjadi gerbang kepada sebuah kebahagian, namun bukan bagi seorang wanita ini yang mendakwa suaminya melayannya dan keluarga bagai sebuah syarikat konglomerat.
Menerusi perkongsian daripada aplikasi thread, wanita itu meluahkan perasaannya selepas sudah penat berhadapan dengan sikap suaminya itu yang tidak berubah.
Tak capai KPI, potong elaun
Wanita itu berkata apa yang tidak masuk ‘akal’ adalah suaminya ada menetapkan Key Performance Indicator (KPI) atau check list terhadapnya dalam menjalankan tugas harian sebagai seorang isteri.
Jika dia gagal memenuhi ‘sasaran’ tersebut, nafkah atau elaun bulanannya akan dipotong sebagai ‘hukuman’.
Setiap hari suami nak saya pastikan dinner kena siap sebelum 8pm, rumah mesti kena kemas, anak-anak kena tidur sebelum jam 10pm. Setiap jumaat kena bersama, kalau tak bersama, potong elaun walaupun waktu itu saya tengah penat atau tk sihat.-Katanya
Wanita itu juga menjelaskan bahawa dia hanya seorang suri rumah dan tiada pendapatan lain, selain daripada wang pemberian elaun daripada suaminya.
Kalau saya gagal, suami akan potong elaun saya. Bulanan dia bagi selalunya 1k, kalau dia nampak saya tak buat atau fail buat semua tu dia akan potong 300, kadang-kadang ada sampai 600. Saya dah cuba bincang, bila bincang katanya saya melawan seperti pekerja dia di opis.-Katanya
Dalam pada masa yang sama, wanita itu turut berkongsi yang dia merasakan rumah tangganya tidak lagi seperti sebuah keluarga yang dibina dengan penuh kasih sayang, sebaliknya lebih menyerupai sebuah syarikat yang hanya mengejar KPI dan kesempurnaan.
#Apakataohmedia
Suami seharusnya memimpin keluarga dengan penuh kasih sayang, kelembutan, dan tanggungjawab, bukan menguruskannya seperti sebuah syarikat yang hanya berlandaskan peraturan dan kehendak sendiri. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua.