Connect with us

Oh! Media

“Umat Makin Tenat, Kalau Bala Turun..” -Netizen Kecewa Joget ‘Cucuk Langit’ Penutup Majlis Tilawah Quran

tilawah quran

Oh! Tidak

“Umat Makin Tenat, Kalau Bala Turun..” -Netizen Kecewa Joget ‘Cucuk Langit’ Penutup Majlis Tilawah Quran

Program tilawah Al-Quran merupakan majlis yang baik dan suci. Namun, sebuah program tilawah quran di negara seberang telah mendapat perhatian dan menjadi bualan ramai apabila penganjur mengadakan joget cucuk langit sebagai penutup majlis.

ADVERTISEMENT

BACA: Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Cik Nor Farhatul Ingin Bawa Ibu Tunai Umrah

Video penutupan majlis tilawah itu telah viral di media sosial dan salah seorang pengguna Facebook, Abduh Nursalam telah muat naik video tersebut di laman Facebooknya.

Maksiat terbuka ini berlaku dalam majlis penutup Musabaqah Tilawah Al-Quran di sebuah negeri di negara jiran.

Semua berkopiah bertudung. Program baca Al-Quran, tapi ditutup dengan lagu Bara Bara Bere Bere.

Umat makin tenat…Bala kalau turun, semua akan kena.

Di sana ada ramai orang-orang soleh. Makin berat kerja dakwah yang mereka kena buat.

Semoga Allah sentiasa beri kekuatan kepada kita untuk sentiasa mengatakan benar jika ia sebuah kebenaran. Salah jika ia sebuah kesalahan.

Ya Allah, berikan kami dan mereka hidayah-MU.

Astaghfirullahalazim, buat majlis ilmu itu dah baik, tapi kenapa perlu akhiri majlis tersebut dengan pesta joget?

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut kecewa dan sedih dengan tindakan pengajur dan peserta yang terlibat.

Kalau Allah hantar bala, bukan mereka saja kena tapi seluruh penduduk juga terkena tempiasnya.

Tak bersyukur, sosial lebih

tilawah quran

Cabar Tuhan..

tilawah quran

Akhir zaman manusia berperangai pelik

tilawah quran

Makin tenat

Allahuakbar, semoga kita dijauhkan daripada melakukan perkara-perkara sebegini. Semoga umat Islam sentiasa dilindungi daripada sebarang kejahatan dan sentiasa dapat keredhaan Allah.

Kredit: Abduh Nursalam

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas