Connect with us

Oh! Media

JPN Akhirnya Tampil Bersuara Isu Dakwaan Kebocoran Data MyKad

X   3

Oh! Tidak

JPN Akhirnya Tampil Bersuara Isu Dakwaan Kebocoran Data MyKad

Baru-baru ini kecoh di media sosial satu hantaran di X milik Fusion Intelligence Center (@StealthMole) yang mendakwa data MyKad milik 17 juta rakyat Malaysia telah bocor dan dijual di ‘dark web’. 

Sampel kad pengenalan yang didakwa bocor turut dimuat naik dam telah mencetuskan kebimbangan mengenai kecurian identiti serta risiko penipuan kewangan. Tapi, adakah dakwaan ini benar?

JPN tegaskan tiada kebocoran data MyKad

Ohmedia mykad baharu kad pengenalan

Menurut laporan Harian Metro, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam kenyataan hari ini mengesahkan bahawa tiada insiden kebocoran data MyKad atau transaksi mencurigakan dikesan dalam sistem mereka. 

IKLAN

Menurut JPN, siasatan mendalam telah dilakukan bersama Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

JPN akan sentiasa memastikan keselamatan dan integriti data rakyat Malaysia di bawah jagaan JPN supaya terjamin dan dilindungi.

Menteri dan Pakar Keselamatan Siber juga beri jaminan

965f5912 bae8 486e ad94 a45231a42573

Kerajaan memberi jaminan penuh terhadap keselamatan data penduduk, termasuk maklumat MyKad dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Bukan tu jer, analisis awal juga telah menunjukkan bahawa dakwaan tersebut bukan sampel pelanggaran data baru dan tegas Ketua Pengarah NACSA, Dr. Megat Zuhairy Megat Tajuddin.

Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa pula mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan kebocoran data MyKad. 

Walau bagaimanapun, pemantauan akan diteruskan bagi memastikan kesahihan maklumat tersebut.

Dakwaan tidak berasas, tapi tetap berwaspada

Ohmedia ed09a71c 632b 4d36 a239 1275f67c8c30

Walaupun siasatan menunjukkan tiada insiden kebocoran berlaku, kes seperti ini mengingatkan kita untuk sentiasa berwaspada. 

Sebagai pengguna, pastikan anda menjaga kerahsiaan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, alamat, dan butiran kewangan.

#OhmediaNasihat

Walaupun dakwaan kebocoran ini tidak benar, kita tetap perlu berhati-hati dalam berkongsi maklumat peribadi, terutama di platform digital. Pastikan anda sentiasa menggunakan kata laluan yang kuat dan elakkan mengakses laman web yang mencurigakan. Ingat, keselamatan data adalah tanggungjawab bersama!

X   3

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas