Connect with us

Oh! Media

“Jangan Kecam Macam Syifa Tak Ada Mak Bapak” – Ibu Syifa Melvin Kesal Ramai Cela Perkahwinan Anak

Trending

“Jangan Kecam Macam Syifa Tak Ada Mak Bapak” – Ibu Syifa Melvin Kesal Ramai Cela Perkahwinan Anak

Semalam telah berlangsungnya perkahwinan pemain bintang kelab bola sepak JDT, Safawi Rasid dan pasangannya, Syifa Melvin yang juga merupakan adik kepada pelakon, Syatilla Melvin.

ADVERTISEMENT

BACA: Sah! Dengan Sekali Lafaz, Safawi Rasid Dan Syifa Melvin Selamat Bergelar Suami Isteri

Kedua-dua mempelai itu selamat diijab kabulkan dan sah sebagai pasangan suami isteri dengan hanya satu lafaz sahaja.

@user2426030870998 Alhamdulillah🤲🏻 #fyp #syifawi #syifamelvin #safawirasid29 #fyp #syifamelvin #foryoupage #fypシ #masukberanda #safawirasid29 #syifawi #masukberandafyp #masukfyp #berandafyp ♬ original sound – Nash Khiruddin

Ibu Syifa kesal ramai cela perkahwinan anak

Namun begitu, timbul pula perkara kurang enak didengar menjelang perkahwinan mereka berdua selepas terdapat segelintir netizen dilihat seakan kurang senang dengan kebahagiaan kedua-dua pasangan itu.

Sedih melihat situasi itu, ibu kepada Syifa, Robiah Rahman tampil memuat naik hantaran di Insta storynya memohon agar netizen berhenti untuk mengecam perkahwinan anak perempuannya itu.

Minta semua doakan yang baik-baik saja ya. Moga doa yang baik-baik itu berbalik pada yang mendoakan.

Tak mau kecam teruk sangat. Buat tambah dosa saja. Jodoh pertemuan rahsia Allah.

Robiah juga menegaskan Syifa masih mempunyai ibu bapa dan keluarga dan meminta agar warganet untuk lebih sensitif ketika mengeluarkan sebarang komen.

Jangan kecam melampau macam Syifa tak ada mak bapa. Tak ada keluarga untuk rasa sakit hati.

Sabar banyak-banyak. Istighfar banyak kalau rasa tak puas hati. Ambil wudhu pergi solat agar tenang hati.

Jangan kecam-kecam, Safawi dan Syifa dah selamat diijab kabulkan dah pun. Seeloknya, kita doakanlah perkahwinan mereka kekal hingga ke syurga.

Kredit: TikTok | Instagram Robiah Rahman

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas