Connect with us

Oh! Media

Dagu Bella Dipegang, Dipaksa Makan Nasi Goreng Campur Cili Oleh Siti Bainun – Saksi Kelapan

Siti Bainun

Trending

Dagu Bella Dipegang, Dipaksa Makan Nasi Goreng Campur Cili Oleh Siti Bainun – Saksi Kelapan

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali didakwa telah memegang dagu Bella, remaja perempuan Sindrom Down dan memaksanya makan nasi goreng bercampur cili.

BACA: “Saya Pun Tiada 10 Lawyer. Hebat…”- TMJ Pun Pelik Siapa Siti Bainun Sebenarnya?

Menerusi laporan Kosmo, saksi pendakwaan kelapan, Suhana Zam yang merupakan Pegawai Penyelidik Undang-Undang di sebuah firma guaman menyatakan, dengan mata kepalanya sendiri, dia melihat Siti Bainun letak sejumlah cili yang banyak ketika berada di meja makan untuk makan tengah hari.

IKLAN

Cili lagi banyak daripada nasi

Screenshot 2022 06 13 at 22108 pm

Di antara Siti Bainun dan Bella ada bangku kayu, saya nampak Siti Bainun letak satu pinggan nasi goreng dan sejumlah cili yang telah dipotong yang mana pada saya nisbah cili itu banyak berbanding nasi.

Siti Bainun gaul-gaul nasi goreng itu, dia pegang dagu Bella dan suapkan Bella dengan nasi goreng dengan cili. Bella elak tak nak makan tetapi dia paksa Bella makan, saya terkejut kenapa buat Bella macam ini, saya tak cakap apa-apa sebab pada waktu itu saya tak nak ada confront (bersemuka) dengan Siti Bainun sebab saya bimbang kalau confront nanti saya tidak pasti reaksi dia.

Sebelum ini, saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar yang merupakan bekas penghuni rumah kebajikan itu juga ada memberitahu mahkamah bahawa Bella diberi makan 20 biji cili selama beberapa kali seminggu oleh Siti Bainun.

Sungguh kejam jika semua dakwaan yang dikatakan oleh saksi adalah betul. Semoga Allah tunjukkan jalan keluar dan beri kemenangan buat Bella.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas