Connect with us

Oh! Media

Isteri Orang Kantoi Berkhalwat Dengan Lelaki Lain, Bawa Anak Sekali Dalam Bilik Sewa

Khalwat

Trending

Isteri Orang Kantoi Berkhalwat Dengan Lelaki Lain, Bawa Anak Sekali Dalam Bilik Sewa

Seorang wanita sanggup membawa lelaki lain masuk ke dalam sebuah bilik sewa walhal dia merupakan isteri orang dan mempunyai empat orang anak. Allahu..

ADVERTISEMENT

BACA : Mayat Pelajar IPT Membusuk, Ditemui Meninggal Dunia Dalam Bilik

Menurut laporan Harian Metro, wanita yang berusia 35 tahun itu ditangkap berkhalwat di sebuah bilik sewa di sebuah kampung di Kulim, Kedah.

Ketika itu, suaminya yang merupakan seorang pegawai keselamatan di sebuah kilang tayar sedang keluar bekerja dan perkara ini dikatakan sendiri Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saat.

Sewaktu pemeriksaan, tiga orang kanak-kanak yang dipercayai anak kepada wanita itu sedang tidur.

Pihak kami menerima maklumat berhubung kejadian itu berdasarkan maklumat awam dan melakukan pemeriksaan di bilik sewa yang didiami wanita berkenaan.

Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati, pasangan itu bukan suami isteri atau mahram malah mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen mereka mempunyai hubungan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 25(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat. Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas