Connect with us

Oh! Media

Isteri Nyaris Maut Gara-Gara Dipaksa ‘Bersama’ 4 Hari Lepas Czer

Ohmedia isteri Czer

Oh! Tidak

Isteri Nyaris Maut Gara-Gara Dipaksa ‘Bersama’ 4 Hari Lepas Czer

Suami siap ugut nak makan luar kalau isteri tak nak bersama!

Tular di media sosial perkongsian menyedihkan dari Dr. Christabel Akinola mengenai kisah tragis seorang isteri yang dipaksa melayan suami hanya empat hari selepas melahirkan anak secara pembedahan (cesarean).

Kongsinya, si suami yang tak sabar-sabar menuntut layanan memberi alasan takut ‘makan luar’ kalau terlalu lama menunggu.

Suami ugut mahu ‘makan luar’

Si isteri yang takut kehilangan suami akur dengan permintaan untuk bersama walaupun dia tahu tubuhnya belum bersedia.

IKLAN

Akibatnya, dua hari selepas itu, wanita malang ini dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal. Ramai menyangka dia mengalami pendarahan dalaman, tapi hakikatnya lebih menakutkan iaitu air embolism.

Air embolism: Bahaya senyap selepas bersalin

Isteri Bersalin

Menurut Dr. Christabel, selepas bersalin, pintu rahim (serviks) wanita kekal terbuka selama beberapa minggu.

Ketika inilah, udara boleh masuk ke dalam faraj semasa hubungan kelamin dan terus ke dalam rahim.

Risiko akan berlaku jika terkena saluran darah yang koyak, udara itu boleh sampai ke jantung atau paru-paru dan menyebabkan penyumbatan.

Situasi ini boleh membawa kepada serangan jantung, kegagalan pernafasan, kerosakan otak dan kematian dalam beberapa minit.

Jelasnya, situasi ini bukan hanya berlaku kepada ibu yang bersalin secara pembedahan, tapi juga kepada yang bersalin normal!

Garis panduan bila selamat untuk bersama

Isteri

Dr. Christabel turut berkongsi tanda-tanda apabila wanita benar-benar sudah bersedia untuk kembali melakukan hubungan kelamin:

  • Sekurang-kurangnya 6 minggu selepas bersalin atau selepas mendapat kebenaran doktor
  • Tiada lagi pendarahan
  • Luka perineum atau Czer telah sembuh sepenuhnya
  • Tiada jangkitan atau demam luar biasa
  • Rahim telah kembali ke saiz normal
  • Paling penting, wanita itu sudah bersedia dari segi emosi dan mental

Jangan jadi isteri sampai korbankan nyawa

Paling menyedihkan, semasa wanita ini bertarung nyawa di hospital, suaminya langsung tak datang jenguk. Alasan? Malu!

Malah beliau turut menegur tanggapan bahawa wanita harus cepat-cepat kembali melayani suami selepas bersalin sebagai satu naratif berbahaya.

Pssttt! Buat para wanita, ingatlah bahawa nyawa kamu lebih penting dari segalanya. Jangan letakkan kepuasan pasangan melebihi kesihatan dan keselamatan diri.

Kredit: Instagram Dr. Christabel Akinola
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas