Connect with us

Oh! Media

Isteri Kantoi Berkhalwat Bersama Kekasih Ditahan

Ad8204cf b0da 444f bd6d da30967ffde3

Trending

Isteri Kantoi Berkhalwat Bersama Kekasih Ditahan

Baru-baru ini, kecoh di media sosial rakaman berdurasi 44 saat memaparkan seorang suami didakwa telah menangkap isteri curang dengan lelaki lain.

BACA : Patah Balik Rumah Sebab Tertinggal Barang, Kantoi Isteri Curang Dengan Lelaki Lain

Menurut laporan Harian Metro, perkara itu telahpun disahkan berlaku di kawasan Bukit Katil pada 25 Ogos lepas dan ianya dikatakan sendiri oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Datuk Che Sukri Che Mat.

IKLAN

Atas perbuatan mereka itu, wanita yang berusia 35 tahun dan kekasihnya yang berusia 33 tahun ditahan oleh imam kampung berkenaan setelah maklumat diperoleh.

Saya mengesahkan tangkapan itu yang mana kedua-dua mereka juga didapati berstatus sudah berkahwin.

Tangkapan itu dibuat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman atau berkurung sehingga mendatangkan syak.

JAIM sudahpun mengambil keterangan kedua-dua individu itu dan kes siasatan kini berada di peringkat akhir sebelum diserahkan kepada pihak pendakwaan.

Apapun, semoga kita dijauhkan daripada perkara sebegini. Kesian si suami tu keluar cari rezeki tapi si isteri berbuat sedemikian.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas