
Oh! Tidak
Isteri Curang Dengan Lelaki Medan, Ini Tindakan Suami
Suami dedah isteri curang dengan lelaki Medan kini tampil fail penceraian.
Satu demi satu pendedahan mengejutkan tentang kisah rumah tangga tular di platform X! Terbaru, seorang lelaki yang sebelum ini mendedahkan kecurangan isterinya bersama lelaki dari Medan, Indonesia, kini tampil memaklumkan bahawa dia sudah mengambil langkah serius dengan memfailkan penceraian.
Menerusi hantaran terbaharu, lelaki tersebut dilihat berdiri di hadapan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat sambil memegang nombor giliran. Ruangan kapsyennya pula cukup ringkas, tetapi penuh makna dan harapan.
“Kita serahkan kepada mahkamah tentukan”- Suami.
Sebelum ini, kisahnya menarik perhatian bukan sahaja rakyat Malaysia, tetapi juga netizen Indonesia yang terkejut dengan tindakan si isteri yang berlaku curang dengan kenalan dari atas talian.
Ramai menyifatkan isterinya tidak bersyukur kerana telah dikurniakan suami yang penyayang dan bertanggungjawab.
Minta doakan yang baik-baik. Kita serahkan ke mahkamah yang menentukan.- Tulisnya dalam perkongsian tersebut.
Menurut pengguna X tersebut, isterinya merupakan seorang suri rumah manakala dia sendiri berperanan sebagai ‘provider’ utama dalam keluarga.
Namun, kesetiaan yang diberi dibalas dengan pengkhianatan apabila isterinya menjalinkan hubungan secara dalam talian dengan lelaki asing dari Medan.
Netizen sokong dan doakan kekuatan si suami…
Ruangan komen di platform X dibanjiri dengan sokongan daripada netizen. Rata-ratanya memuji keberanian lelaki itu kerana mengambil tindakan sewajarnya demi maruah dan ketenangan hidup. Ada yang turut menasihatkannya agar tidak berpatah balik dan terus fokus membina hidup baharu.


Pssttt! Dalam hidup berumah tangga, kepercayaan dan kesetiaan adalah kunci utama. Bila salah satu dikhianati, luka yang tercipta bukan sekadar di hati tapi juga dalam seluruh kehidupan pasangan. Jika dah tak mampu diselamatkan, langkah berpisah mungkin lebih baik daripada terus menyeksa jiwa. Moga semua yang diuji dengan situasi serupa dapat kekuatan untuk bangkit dan temui ketenangan.
Kredit: Aplikasi X
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
