Connect with us

Oh! Media

Ini Perkembangan Terkini Kes Inspektor Polis Rogol Remaja Di IPD

Oh! Tidak

Ini Perkembangan Terkini Kes Inspektor Polis Rogol Remaja Di IPD

Sebelum ini kami ada melaporkan terdapat seorang remaja berusia 16 tahun telah dirogol seorang pegawai polis di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah.

ADVERTISEMENT

BACA : Diperkosa Inspektor Dalam IPD Ketika Dipanggil Bantu Siasatan Kes Rogol Bapa Tiri

Menurut laporan Astro Awani, pegawai polis yang berpangkat Inspektor itu mengaku tidak bersalah atas 4 pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap remaja berkenaan di pejabatnya dalam kejadian 28 Disember lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan yang jika didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Dia juga turut didakwa atas tiga pertuduhan berasingan mengikut Akta Seksual Kanak-kanak kerana melakukan amang seksual terhadap mangsa sama.

Kejadian tersebut berlaku pada Rabu jam 6.30 petang ketika mangsa dipanggil bagi membantu siasatan selepas membuat laporan polis bahawa dia dirogol bapa tirinya sebelum ini.

Ketika di pejabat, Inspektor tersebut memberitahu dia mahu melakukan pemeriksaan pada kemaluan mangsa sebelum memegang kemaluan mangsa dan memintanya baring atas katil di bilik tersebut dalam keadaan bogel.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas