Connect with us

Oh! Media

Diperkosa Inspektor Dalam IPD Ketika Dipanggil Bantu Siasatan Kes Rogol Bapa Tiri

Trending

Diperkosa Inspektor Dalam IPD Ketika Dipanggil Bantu Siasatan Kes Rogol Bapa Tiri

Semalam tular mengenai seorang remaja yang baru saja berusia 16 tahun mendakwa yang dirinya telah dirogol seorang pegawai polis. Biar betul?

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Berita Harian, kejadian berlaku di pejabat sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah pada Rabu jam 6.30 petang ketika mangsa dipanggil bagi membantu siasatan selepas membuat laporan polis bahawa dia dirogol bapa tirinya sebelum ini.

Ketika di pejabat, Inspektor yang juga merupakan pegawai penyiasat kes itu memberitahu dia mahu melakukan pemeriksaan pada kemaluan mangsa.

Mangsa sedang duduk di kerusi dan pegawai berkenaan memintanya mengangkang untuk memudahkan pemeriksaan terhadapnya.

Kata sumber, dia kemudian memegang kemaluan mangsa dan memintanya baring atas katil di bilik tersebut dalam keadaan bogel sebelum memberi alasan alat yang digunakan untuk memeriksa tidak berfungsi dengan baik.

Mangsa turut mendakwa kejadian tersebut berlaku hampir 30 minit sebelum dia diminta memakai pakaian semula serta diberitahu bahawa kes berkenaan belum selesai dan dia perlu kembali untuk siasatan.

Selepas tiga hari kejadian itu berlaku, mangsa yang sudah tidak bersekolah telah dipanggil ke IPD untuk memberi keterangan dan menjalani pemeriksaan di hospital susulan laporan dibuatnya.

Mengejutkan, sepasukan polis unit forensik yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian menemukan beberapa kesan dipercayai air mani pada cadar dan sarung bantal.

Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berkata pegawai itu telah pun ditahan namun enggan mengulas lebih lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas