Connect with us

Oh! Media

Ini Nasib Pemandu Bas Bawa Pelajar UPSI

Ohmedia pemandu bas nahas upsi

Oh! Tidak

Ini Nasib Pemandu Bas Bawa Pelajar UPSI

JPJ gantung lesen PSV pemandu bas UPSI serta-merta, siasatan terhadap syarikat pengendali turut dijalankan.

Susulan nahas tragis yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), lesen memandu vokasional (PSV) milik pemandu bas yang terlibat telah digantung serta-merta oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Tindakan tegas ini diumumkan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, yang menjelaskan ia dilakukan di bawah Seksyen 56(4) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

JPJ ambil langkag proaktif ke atas pemandu bas…

Menurut Aedy, penggantungan lesen tersebut akan kekal berkuat kuasa sehingga siasatan selesai dijalankan sepenuhnya.

IKLAN

Sebagai langkah proaktif demi menjaga kepentingan awam dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya, penggantungan lesen ini akan kekal sehingga siasatan selesai.- Katanya.

Dalam masa sama, JPJ turut membuka kertas siasatan terhadap pemilik syarikat pengendali kenderaan dan juga syarikat yang menerima pajakan permit operasi bas berkenaan.

Pemandu bas didawa, hadapi hukuman berat…

Dalam kejadian 9 Jun lalu, sebuah bas yang membawa 42 pelajar UPSI dalam perjalanan dari Jertih ke kampus UPSI di Tanjung Malim telah terbabit dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Sebanyak 13 mangsa maut di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di hospital.

Pemandu bas, Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, 39, telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gerik atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian 15 pelajar. Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM50,000 jika sabit kesalahan.

Pssttt! Nahas ini sekali lagi membuka mata kita semua tentang pentingnya kawalan kualiti dan pemantauan terhadap pemandu serta syarikat pengendali bas. Nyawa bukan bahan taruhan. Keselamatan pengguna jalan raya harus jadi keutamaan dan mana-mana pihak yang cuai mesti bertanggungjawab sepenuhnya.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas