Connect with us

Oh! Media

“Ingat Balasan, Ingat Azab” – PU Amin Tegur Usahawan Tepuk Punggung

Trending

“Ingat Balasan, Ingat Azab” – PU Amin Tegur Usahawan Tepuk Punggung

Sebut sahaja nama Kak KM, pasti ramai yang mengenali usahawan tersebut yang sering mengundang kontroversi ketika mempromosikan barangan jualannya di media sosial.

ADVERTISEMENT

BACA: “Sila Tag Kak KM” – Tutup Wajah Anak Dengan Emoji, Elly Mazlein Kata Itu Pilihan Sendiri

Video Kak KM tepuk punggung

Terbaru, Kak KM yang juga merupakan anak kepada pelakon, Normah Damanhuri sekali lagi mengundang kecaman dalam kalangan netizen selepas memuat naik satu video di akaun Instagramnya.

Menerusi video yang dimuat naik itu, Kak KM bersama tiga usahawan yang lain iaitu Dato Seri Vida, Ifa Raziah dan Cheta Pot Pet sedang menayangkan punggung mereka.

Kak KM kemudiannya bertindak menepuk punggung setiap seorang daripada tiga usahawannya itu di tempat awam.

PU Amin tegur cara promosikan barangan jualan

Terpanggil untuk menegur perkara ini, PU Amin tampil memuat naik satu video teguran terhadap kesemua usahawan itu menerusi akaun TikToknya.

@ustazamirulamin

Tepuk amai amai. Moga Allah jaga generasi keturunan islam kita semua.

♬ original sound – PU Amin

Menerusi video tersebut, PU Amin mengatakan bahawa aksi yang dilakukan usahawan-usahawan yang terlibat dalam video tersebut seakan-akan tidak memikirkan maruah serta sensitiviti agama.

Bertepuk tampar punggung di khalayak awam. Ramai yang menantikan, ramai saksikan. Boleh jadi trend ka selepas ni. Ramai tengok, macam syok ja. Jangan sampai macam tu sekali. Ingat balasan, ingat azab, ingat bala bencana Allah SWT.

Yang buat ni bukan anak orang, tetapi mak-mak orang yang buat perangai macam ni. Kadang-kadang tak fikir ke fasal maruah diri, tak fikir ke fasal sensitiviti agama dan tak fikir ke anak-anak kecil kita tengok video macam ni?

PU Amin turut mengatakan bahawa tindakan tanpa kawalan itu sebenarnya tanpa sedar didorong oleh sokongan masyarakat terhadap mereka.

Kita pun kadang mungkin dibeli dengan kekayaan dia. Dia suka puji puja dia, kita sokong dia. Kita tak pernah rasa nak boikot dia. Sebab apa, sebab kita suka tengok kekayaan orang macam ni.

Tak boleh kita meniaga dalam keadaan kita jual badan kita. Berhentilah dari perangai macam ni. Takut anak-anak kita pun ikut benda sama. Moga moga Allah pelihara kita. Jangan sebab benda macam ni turun pula bala bencana katanya.

Terima kasih atas teguran

Video teguran yang dimuat naik PU Amin itu mendapat respon dari warganet. Rata-rata mereka berterima kasih atas teguran yang dibuat PU Amin itu dan ada juga menyatakan bahawa mereka malu melihat video menepuk punggung yang tular itu.

Kredit: Instagram lianarosli_official | TikTok ustazamirulamin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas