Connect with us

Oh! Media

Individu Tak Setuju Kanak-Kanak Dipakaikan Tudung Dikritik Netizen, Ada Pula Yang Sokong?

tudung

Trending

Individu Tak Setuju Kanak-Kanak Dipakaikan Tudung Dikritik Netizen, Ada Pula Yang Sokong?

Tular di media sosial semalam apabila seorang individu tampil meluahkan pendapatnya apabila dia tidak bersetuju kanak-kanak perempuan diajar untuk memakai tudung semenjak kecil.

ADVERTISEMENT

Individu itu memberi pendapat sedemikian sebagai respon kepada sebuah video menjual tudung untuk kanak-kanak di Twitter.

Kata individu itu, dia berasa kasihan terhadap kanak-kanak yang dipakaikan tudung dan dakwanya perbuatan itu adalah satu bentuk paksaan.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat respon dan pendapat yang pelbagai dluahkan oleh netizen sama ada bersetuju atau tidak.

Kata sesetengah netizen, mereka lebih memilih untuk tidak ‘memaksa’ anak-anak memakai tudung dari usia kecil dan hanya mengajar anak-anak berhijab ketika sudah mencapai akil baligh.

Zaman dia kecil biarlah dia main, masa untuk dia explore. Saya secara peribadi pun tak suka tapi takut nak cakap.

Namun begitu, pendapat individu itu dikecam hebat dan ada sesetengah netizen menyifatkan dirinya sebagai seorang yang jahil agama malah turut menerima ugutan bunuh!

Bukan wajib tapi atas jalan melatih diri anak. Dia pakai buka, pakai buka..supaya dalam hatinya perintah bertudung itu ke atas dirinya. Nantia bila umur dia mencapai 10 dan 11 tahun dia akan pakai tudung terus.

Twitter

Apa kata Ustaz Azhar Idrus?

Dalam pada itu, memetik jawapan Ustaz Azhar Idrus mengenai isu ini, penceramah bebas itu menyarankan agar ibu bapa mengajar anak masing-masing untuk memakai tudung ketika berumur tujuh tahun.

Suruh pakai tudung dari umur tujuh tahun, sebab itu dalam kitab fekah dikiaskan supaya suruh sembahyang..suruh juga bertudung atau berhijab ketika umur tujuh tahun.. ujarnya.

Takut pula bila baca pandangan orang Twitter ni, kita berdoalah agar sentiasa dibimbing Allah.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas