Connect with us

Oh! Media

Individu Seksi Tak Bercoli Bukan Model KFW22 Tapi..

Oh! Tidak

Individu Seksi Tak Bercoli Bukan Model KFW22 Tapi..

Sebelum ini, tular di rata-rata media sosial mengenai sebuah hantaran gambar memaparkan seorang individu yang hadir ke acara Minggu Fesyen Kedah 2022 ataupun Kedah Fashion Week 2022 (KFW22).

ADVERTISEMENT

BACA: “Ingatkan Milan Fashion Week Rupanya Kedah!” – Viral Model Tak Pakai Coli Di KFW22

Menerusi hantaran tersebut, individu itu dilihat telah hadir dengan berpakaian menjolok mata dengan mengenakan busana sut formal berwarna hijau dan tidak mengenakan sebarang pakaian dalam sehingga mendedahkan separuh bahagian payudaranya.

Susulan itu, orang ramai telah mengecam tindakan individu tersebut dan mempersoalkan bagaimana pihak penganjur boleh menjemput individu yang berpakaian sebegitu rupa.

Tampil memohon maaf, pihak penganjur telah mengeluarkan kenyataan media menjelaskan bahawa individu berkenaan bukanlah peserta yang dijemput untuk memperagakan pakaian di dalam acara KFW.

Difahamkan, identiti individu berkenaan juga difahamkan adalah seorang ‘wanita jadian’ yang berlakon seperti seorang model, menggayakan pakaian yang tidak sesuai, mengambil gambar serta video dan memuat naik di dalam media sosial.

Tindakan individu berkenaan dipercayai adalah tindakan peribadi yang dilakukan setelah acara pertunjukan fesyen berkenaan tamat.

Dato’ Dr. Mohd Hayati menerusi hantaran di laman Facebook, berkata pihak Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan peruntukan peraturan dan undang-undang yang sedia ada.

Tambahnya lagi, Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk mengkaji bagi memperkemaskan peraturan-peraturan kecil yang berkaitan hiburan dan pertunjukan supaya lebih menepati adat budaya dan tatasusila Negeri Kedah.

Kredit: Dato’ Dr. Mohd Hayati | Beautifulnara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas