Connect with us

Oh! Media

“Ingatkan Milan Fashion Week Rupanya Kedah!” – Viral Model Tak Pakai Coli Di KFW22

Trending

“Ingatkan Milan Fashion Week Rupanya Kedah!” – Viral Model Tak Pakai Coli Di KFW22

Viral di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan seorang model wanita memakai pakaian menjolok mata di Kedah Fashion Week 2022 (KFW22).

ADVERTISEMENT

Acara yang dilakukan di sebuah pusat beli belah di Alor Setar itu menerima kritikan ramai, tak kurang juga yang mengaitkan dengan kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui PAS.

Rata-rata daripada netizen meluahkan rasa terkejut melihat model yang dilihat tidak mengenakan pakaian dalam sehingga menampakkan bahagian tidak sepatutnya.

Terbaru, kerajaan negeri akan memanggil penganjur untuk meminta penjelasan dan mengenakan tindakan yang sewajarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, pihak penganjur didapati tidak memohon permit dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Terdahulu, Mohd Hayati menegaskan pakaian yang diperagakan di pertunjukan fesyen mestilah sopan dan tidak menjolok mata. Katanya lagi, walaupun pertunjukan fesyen antara acara yang dibenarkan di dalam Enekmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997 pakaian yang diperagakan mestilah sopan bersesuaian dengan budaya timur.

Menurutnya lagi, urusan kebenarkan dan lesen KFW dikeluarkan oleh pejabat daerah dan di luar bidang kuasa  pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS). MBAS hanya bertanggungjawab melakukan pemantauan untuk memastikan penganjur mematuhi syarat serta peraturan yang telah ditetapkan.

Kredit: Berita Harian | twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas