Connect with us

Oh! Media

Individu Jual Hembusan Nafas Billie Eilish Dengan Harga RM 48 Ribu, Claim Udara Paling ‘Rare’

Oh! Tidak

Individu Jual Hembusan Nafas Billie Eilish Dengan Harga RM 48 Ribu, Claim Udara Paling ‘Rare’

Pelik tapi benar! Seorang individu ‘claim’ hembusan nafas yang diperolehi ketika menghadiri konsert Billie Eilish “Happier than Ever, The World Tour” di Singapura sebagai paling rare.

ADVERTISEMENT

BACA: Wanita Jual Kentut Dalam Balang Masuk ‘Emergency’ Gara-Gara Kentut Berlebihan

Disebabkan itu, individu tersebut berhasrat untuk menjual hembusan nafas penyanyi terkenal Amerika Syarikat itu dengan harga S$15,000 bersamaan RM 48,000. Fuh!

Item rare tersebut telah dimuatnaiknya di ruangan Carousell beserta beberapa keping gambar dan keterangan ringkas, lapor mothership.sg.

Saya berdiri depan sekali dan berjaya menangkap hembusan nafas penyanyi itu ketika dia menjerit di konsert. Bagi sesiapa yang terlepas tengok konsert, korang boleh beli ini. Udara paling ‘rare’.

Berdasarkan gambar, dapat kita lihat ‘hembusan nafas’ berkenaan diikat dalam plastik. Untuk memastikan plastik tak pecah, penjual mengambil inisiatif memasukkannya dalam bekas jajan.

Aduhai macam-macam hal. Ada ke yang berminat dengan nafas Billie Eilish ni?

Kredit: mothership.sg

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas